P.U. (A) 419/2002 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT) 2002
BAHAGIAN II - PEMBERIAN PERKHIDMATAN SEJAGAT
Peraturan 3. Objektif pemberian perkhidmatan sejagat
(1) Berikut adalah objektif pemberian perkhidmatan sejagat:
(a) capaian kolektif kepada perkhidmatan telefoni asas dan perkhidmatan capaian Internet; dan
(b) capaian individu kepada perkhidmatan telefoni asas dan perkhidmatan capaian Internet.
(2) Sekiranya objektif yang dinyatakan dalam subperaturan (1) tidak dapat dipenuhi serentak dalam suatu sasaran perkhidmatan sejagat, susunan keutamaan bagi pemberian perkhidmatan sejagat hendaklah seperti yang berikut:
(a) capaian kolektif hendaklah diberi keutamaan daripada capaian individu; dan
(b) capaian kepada perkhidmatan telefoni asas hendaklah diberi keutamaan daripada perkhidmatan capaian Internet.