P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN VI - AM
Peraturan 37. Sebutan
Bagi mengelakkan keraguan :
(a) apa-apa sebutan mengenai Ketua Pengarah atau pihak berkuasa telekomunikasi di bawah mana-mana perundangan subsidiari atau lesen yang diberikan atau yang dikeluarkan di bawah Akta Telekomunikasi 1950 [Akta 20] yang dimansuhkan berhubung dengan apa-apa fi yang kena dibayar di bawah lesen sedemikian dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan lesen sedemikian hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya ; dan
(b) apa-apa sebutan mengenai Menteri, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia atau Kementerian Penerangan di bawah mana-mana lesen yang diberikan atau dikeluarkan di bawah Akta Penyiaran 1988 [ Akta 338] yang dimansuhkan berhubung dengan apa-apa fi yang kena dibayar di bawah lesen sedemikian dan apa-apa perkara lain berkenaan dengan lesen sedemikian hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Suruhanjaya.