P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN VI - AM
Peraturan 36. Peralihan dan pembatalan
(1) Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Pelesenan) 1999 [P.U.(A) 124/99] adalah dibatalkan.
(2) Semua lesen, perakuan dan kelulusan dan semua tindakan yang dikeluarkan, dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan yang dibatalkan itu adalah sah dan efektif seolah-olah ia dikeluarkan, dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan ini, setakat yang selaras dengan Akta dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya, dan bagi kesemua maksud dan tujuan dianggap telah dikeluarkan, dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan ini dan apa-apa lesen, perakuan, kelulusan atau tindakan adalah sah sehingga habis tempoh atau dibatalkan.