P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN VI - AM




Peraturan 35. Pelanjutan masa

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, apabila suatu tempoh ditentukan di bawah Peraturan-Peraturan ini atau dalam mana-mana permintaan oleh Suruhanjaya bagi suatu tindakan dilakukan atau suatu syarat dipenuhi, orang yang terjejas boleh memohon, secara bertulis, untuk mendapatkan suatu pelanjutan masa dan Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memberikan pelanjutan masa sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri atau Suruhanjaya.
[Pin. P.U.(A) 298/2001]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.