P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN V - FI LESEN
Peraturan 33A. Penghitungan fi lesen tahunan yang terpakai.
Bagi tujuan penghitungan fi lesen tahunan yang terpakai yang kena dibayar di bawah subperaturan 33(3), setiap pemegang lesen individu hendaklah menyerahkan akaun terauditnya kepada Suruhanjaya dalam masa tiga bulan dari akhir tahun kewangannya.