P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN V - FI LESEN




Peraturan 32. Fi


(1) Fi yang perlu dibayar berkaitan dengan suatu lesen individu hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Susunan A dalam Jadual Pertama.

(2) Fi yang perlu dibayar berkaitan dengan suatu lesen kelas hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua.

(3) Fi yang disebut dalam subperaturan (1) dan (2) hendaklah dibayar kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa cara dan keadaan sebagaimana yang diputuskan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.

(4) Tertakluk kepada Peraturan-Peraturan ini, tiada lasen individu boleh dikeluarkan atau diperbaharui kecuali selepas dibayar fi yang sewajarnya, sebagaimana yang ditetapkan dan dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.