P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN IV - LESEN KELAS
Peraturan 28. Pemegang lesen kelas pemberi kemudahan rangkaian
(1) Seseorang yang mempunyai atau memberikan mana-mana atau kesemua kemudahan rangkaian yang berikut boleh didaftarkan sebagai pemegang lesen kelas pemberi kemudahan rangkaian :
[Pin.P.U.(A) 298/2001]
(a) kemudahan rangkaian dalam sesuatu bidang atau maksud terhad ; atau
[Pin.P.U.(A) 298/2001]
(b) apa-apa kemudahan rangkaian lain yang tidak dikecualikan di bawah Akta atau yang tidak tertakluk kepada suatu lesen individu di bawah Bahagian III Peraturan-Peraturan ini atau yang tidak disenaraikan dalam subperaturan ini.
[Gan. P.U.(A) 144/2005]
(c) apa-apa kemudahan rangkaian yang lain tidak dikecualikan atau tertakluk kepada sesuatu lesen individu.
(2) Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, mengeluarkan apa-apa garis panduan untuk menjelaskan makna kemudahan rangkaian dalam sesuatu bidang atau maksud terhad dan semua perkara yang berhubung dengannya dari semasa ke semasa.
(3) Garis panduan yang dikeluarkan di bawah subperaturan (2) hendaklah disiarkan oleh Suruhanjaya mengikut cara yang difikirkannya sesuai dan hendaklah didaftarkan dalam daftar.
(4) Bagi maksud peraturan ini, "memberikan" termasuklah menubuhkan, memasang, mengendalikan dan menyenggarakan.