P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN IV - LESEN KELAS




Peraturan 26. Perubahan butir-butir notis pendaftaran


(1) Seseorang pemegang lesen kelas hendaklah memaklumkan Suruhanjaya secara bertulis, seberapa cepat yang mungkin, tentang apa-apa perubahan kepada butir-butir yang diserah simpan bersama dengan notis pendaftaran dan ia hendaklah disertakan dengan fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2) Selepas pemakluman yang disebut dalam subperaturan (1), Suruhanjaya hendaklah meminda butir-butir pemegang lesen kelas itu dalam notis pendaftaran.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.