P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN IV - LESEN KELAS
Peraturan 25. Notis pendaftaran lesen kelas
(1) Seseorang yang mengemukakan suatu notis pendaftaran di bawah seksyen 45 Akta hendaklah berbuat demikian dengan mengemukakan Borang D sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dalam dua salinan.
(2) Notis pendaftaran itu hendaklah disertakan dengan ---
(a) butir-butir pemohon ;
(b) perihal kemudahan, perkhidmatan atau aplikasi, yang akan dikendalikan oleh pemohon ; dan
(c) apa-apa maklumat atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(3) Suruhanjaya hendaklah mengendorskan notis pendaftaran itu dan mengembalikan salinan penduanya kepada pemegang lesen kelas seberapa cepat yang dapat dilaksanakan,
(4) Notis pendaftaran yang telah diendorskan hendaklah menjadi bukti pendaftaran itu oleh Suruhanjaya.
(5) Pendaftaran di bawah peraturan ini hendaklah sah bagi tempoh satu tahun kalendar.