P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 19. Lesen individu pemberi kemudahan rangkaian
(1) Suatu lesen individu pemberi kemudahan rangkaian boleh diberikan kepada seseorang untuk mempunyai atau untuk memberikan mana-mana atau kesemua kemudahan rangkaian yang berikut :
[Pin. P.U.(A) 298/2001]
(a) stesen bumi ;
(b) kabel dan penghubung tetap ;
(c)[Dipotong P.U.(A) 144/2005] ;
(d) pemancar dan penghubung radiokomunikasi ;
(e) stesen kawalan satelit;
(f) tumpuan satelit;
(g) stesen angkasa lepas;
(h) pusat pendaratan kabel dasar laut;
(i) [Dipotong P.U.(A) 144/2005] ;
(j) menara, tiang, saluran dan lubang yang digunakan bersama dengan kemudahan rangkaian lain; atau
(k) apa-apa kemudahan rangkaian lain yang tidak dikecualikan di bawah Akta atau yang tidak tertakluk kepada suatu lesen kelas di bawah Bahagian IV Peraturan-Peraturan ini atau yang tidak disenaraikan dalam subperaturan ini.
[Gan. P.U.(A) 144/2005] ;
(2) Bagi maksud peraturan ini, " memberi " termasuklah menubuhkan, memasang, mengendalikan dan menyenggarakan.