P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 18. Syarat khas lesen individu
Sesuatu lesen individu bolehlah juga mengandungi syarat khas yang berikut sebagaimana yang diisytiharkan oleh Menteri:
[Pin. P.U.(A) 298/2001]
(a) seseorang pemegang lesen individu itu hendaklah mematuhi apa-apa aku janji capaian yang diberikan di bawah seksyen 155 Akta dan didaftarkan dengan Suruhanjaya menurut seksyen 111 Akta ; dan
(b) seseorang pemegang lesen individu itu hendaklah memaklumkan Menteri, secara bertulis, mengenai apa-apa penstrukturan semula atau rasionalisasi struktur korporat pemegang lesen individu itu.