P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 16. Permohonan untuk menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik lesen individu
[Pin. P.U.(A) 144/2005]
(1) Suatu permohonan untuk menyerahhakkan atau memindahkan hakmilik sesuatu lesen individu hendaklah dibuat oleh pemegang lesen individu secara bertulis, kepada Menteri dan hendaklah disertakan dengan ---
[Pin. P.U.(A) 144/2005]
(a) butir-butir yang berkaitan mengenai penyerahhakkan atau pemindahan hakmilik yang dicadangkan itu, termasuk, butir-butir pemegang serah hak atau pemegang pindah hakmilik yang dicadangkan itu ; dan
[Pin. P.U.(A) 144/2005]
(b) fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama.
(2) Jika Menteri meminta nasihat Suruhanjaya mengenai permohonan yang disebut dalam subperaturan (1), Suruhanjaya boleh, secara bertulis, meminta pemohon supaya memberikan maklumat atau dokumen lanjut dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis permintaan itu.
(3) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (2) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditetapkan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baru.
(4) Menteri hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari penerimaan semua maklumat berkenaan termasuk maklumat atau dokumen lanjutan sebagaimana yang telah diminta di bawah subperaturan (3) memberitahu pemohon itu, secara bertulis, mengenai keputusannya.
(5) Jika Menteri tidak meluluskan dan tidak pula enggan meluluskan suatu permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) dalam tempoh yang ditetapkan di bawah subperaturan (4), Menteri adalah disifatkan pada akhir tempoh itu, telah menolak permohonan itu melainkan jika pemohon menerima suatu notis bertulis yang meluluskan permohonan selepas tempoh itu.