P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU




Peraturan 15. Penggantian lesen individu


(1) Seseorang pemegang lesen individu hendaklah dengan serta-merta membuat suatu laporan polis tentang kehilangan atau kemusnahan suatu lesen individu dan hendaklah selepas itu melaporkan kepada Suruhanjaya berkenaan dengan kehilangan atau kemusnahan itu.

(2) Suatu permohonan untuk mendapatkan suatu lesen individu gantian hendaklah dibuat secara bertulis kepada Suruhanjaya dan hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya dan fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama.

(3) Jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa kehilangan atau kemusnahan sesuatu lesen individu bukan akibat daripada apa-apa fraud atau kecuaian melampau, Suruhanjaya boleh mengeluarkan suatu lesen gantian dalam bentuk yang sama dengan lesen asal tetapi dengan perkataan " PENDUA " diendorskan atas lesen itu.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.