P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 12. Permohonan untuk mengubahsuaikan, mengubah atau membatalkan syarat atau menambah syarat lanjut ke atas lesen individu
(1) Seseorang pemegang lesen individu boleh memohon kepada Menteri ---
(a) untuk mengubahsuaikan, mengubah atau membatalkan syarat khas atau tambahan yang dikenakan kepada lesen individu itu ; dan
(b) mengenakan syarat khas atau tambahan yang selanjutnya kepada lesen individu itu.
(2) Sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dengan menyatakan perkara yang berikut :
(a) tarikh yang dicadangkan yang menurutnya pengubahsuaian, pengubahan atau pembatalan atau penambahan yang dicadangkan itu akan menjadi sah ;
(b) butir-butir mengenai pengubahsuaian, pengubahan, pembatalan atau penambahan yang dicadangkan itu dan alasannya ;
[Pin P.U.(A) 298/2001]
(c) fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama ; dan
(d) apa-apa butir yang lain sebagaimana yang diperlukan oleh Suruhanjaya.
[Pin P.U.(A) 298/2001]
(3) Suruhanjaya boleh meminta pemohon supaya memberikan dalam tempoh yang ditentukan, apa-apa maklumat lanjut atau dokumen lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.
(4) Jika apa-apa maklumat atau dokumen tambahan yang dikehendaki di bawah subperaturan (3) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam masa yang ditentukan dalam permintaan itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Suruhanjaya, permohon itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan, tetapi ia tidak menjejaskan hak pemohon untuk membuat suatu permohonan baru.
(5) Suruhanjaya hendaklah menyelesaikan pemprosesan permohonan itu dalam tempoh enam puluh hari dari penerimaan permohonan itu atau semua maklumat berkaitan yang lain termasuk apa-apa maklumat selanjutnya atau dokumen lain sebagaimana yang diminta di bawah subperaturan (3).
(6) Selepas menyelesaikan pemprosesan permohonan itu, Suruhanjaya hendaklah membuat syor bertulis kepada Menteri dengan menyatakan ---
(a) sama ada permohonan itu patut diluluskan dengan atau tanpa syarat-syarat ; dan