P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU




Peraturan 11. Tempoh dan pembaharuan lesen individu


(1) Tertakluk kepada subperaturan (2), sesuatu lesen individu hendaklah sah untuk tempoh sepuluh tahun dari tarikh pemberian lesen individu itu melainkan jika lesen individu itu dibatalkan oleh Menteri sebelum habis tempohnya.

(2) Jika sesuatu lesen yang diberikan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan bagi aktiviti atau perkhidmatan yang serupa mempunyai tempoh baki lesen yang melebihi sepuluh tahun dari tarikh pemberian lesen individu, tempoh kesahan lesen individu itu hendaklah bersamaan dengan tempoh baki lesen yang diberikan di bawah Akta-Akta yang dimansuhkan.

(3) [Dipotong P.U.(A) 144/2005] ;

(4) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen individu hendaklah dibuat tidak lewat daripada enam puluh hari sebelum habis tempohnya dalam Borang A sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan hendaklah disertakan dengan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Suruhanjaya.

(5) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan sesuatu lesen individu di bawah subperaturan (4) hendaklah disertakan dengan fi pembaharuan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.