P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 9. Perkara yang perlu diberi pertimbangan bagi lesen individu
(9) Suruhanjaya hendaklah, dalam membuat syor kepada Menteri bagi pemberian suatu lesen individu kepada pemohon, mempertimbangkan, antara perkara lain, yang berikut :
(a) sama ada pemohon itu tidak layak untuk memohon suatu lesen individu di bawah peraturan 5 ;
(b) syarat-syarat khas lesen yang terpakai ;
(c) tempoh lesen itu ; dan
(d) apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut dan perlu oleh Menteri.