P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU
Peraturan 7. Maklumat yang diperlukan bagi lesen individu
(7) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen individu hendaklah mengandungi maklumat yang berikut :
(a) butir-butir pemohon ;
(b) perbelanjaan kendalian dan modal yang dijangkakan, rancangan pembiayaan yang dicadangkan termasuk sumber pembiayaan, sama ada domestik atau asing ;
(c) tatacara kendalian yang dicadangkan termasuk rancangan pemulihan bencana ;
(d) apa-apa lesen lain yang dipegang oleh pemohon di bawah Akta, kumpulan syarikatnya dan mana-mana syarikat yang disifatkan mempunyai kaitan dengan pengarah pemohon menurut kuasa seksyen 122 A Akta Syarikat 1965 ;
(e) maklumat korporat termasuk butir-butir syarikat -syarikat yang disebut dalam perenggan (d) dan butir-butir yang mendedahkan pemegang syer benefisial utama pemohon dan mana-mana syarikat yang disebut dalam perenggan (d) yang memegang suatu lesen berserta dengan maklumat yang memperincikan pemegangan syer secara langsung atau tidak langsung bagi kesemua pemegang syernya ;
[Pin P.U.(A) 298/2001]
(f) akaun teraudit yang terkini, memorandum dan perkara pertubuhan dan salinan yang diperakui benar bagi Borang 24, 44 dan 49 bagi pemohon di bawah Peraturan-Peraturan Syarikat 1966 [P.U 173/1996] yang telah difailkan dengan Pendaftar Syarikat ;
(g) pengeluaran teknikal dan perkhidmatan yang dicadangkan ; dan
(h) perihal jenis kemudahan, perkhidmatan, aplikasi atau kandungan dan kawasan liputan dan jenis teknologi yang akan digunakan.