P.U. (A) 129/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000

BAHAGIAN III - LESEN INDIVIDU




Peraturan 6. Permohon lesen individu


(1) Tiap-tiap permohonan bagi lesen individu hendaklah dibuat dalam Borang A sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga dan disertakan dengan fi permohonan yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama.

(2) Walau apa pun subperaturan (1), mana-mana orang yang memohon suatu lesen individu untuk memberikan kemudahan atau perkhidmatan yang tertentu hendaklah mengemukakan, mengikut mana-mana yang berkenaan, butir-butir yang berikut :

(3) Sesuatu permohonan bagi lesen individu berkaitan dengan dua kategori lesen atau lebih hendaklah dibuat dalam borang permohonan yang berasingan.
[Pin. P.U.(A) 144/2005]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.