P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN II - PELESENAN
Peraturan 4. Salinan lesen yang diperakui benar
(1) Seseorang pemegang lesen boleh memohon secara bertulis kepada Suruhanjaya untuk mendapatkan suatu salinan yang diperakui benar bagi lesen individu dan / atau notis pendaftaran lesen kelasnya.
(2) Selepas dibayar fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Susunan A Jadual Pertama, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu salinan yang diperakui benar lesen individu yang berkenaan kepada pemegang lesen individu.
(3) Selepas dibayar fi yang ditetapkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu salinan yang diperakui benar notis pendaftaran kepada pemegang lesen kelas.