P.U. (A) 129/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (PELESENAN) 2000
BAHAGIAN II - PELESENAN
Peraturan 3. Syarat standard bagi lesen individu dan lesen kelas
Suatu lesen individu atau lesen kelas hendaklah, sebagai tambahan kepada syarat yang ditetapkan dalam Jadual kepada Akta, mengandungi syarat-syarat standard yang berikut :
(a) pemegang lesen hendaklah berkenaan dengan semua radas, kelengkapan dan pepasangan yang dimiliki, dikehendaki, disenggara atau digunakan di bawah suatu lesen, mengambil semua langkah keselamatan yang sewajarnya dan secukupnya bagi melindungi nyawa atau harta, termasuklah pendedahan kepada apa-apa pemancaran elektrik atau sinaran yang berpunca daripada radas, kelengkapan atau pepasangan yang digunakan ; dan
(b) pemegang lesen hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa mekanisme cas yang digunakan berkaitan dengan apa-apa kemudahan rangkaian dan / atau perkhidmatan rangkaiannya tepat dan boleh dipercayai dalam semua aspek penting.