P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000




JADUAL PERTAMA

(Peraturan 23)

SUSUNAN A

FI BAGI PENGUNTUKAN RADAS

Fi tetap



Bentuk Perkhidmatan menurut Rancangan Spektrum
Jenis Radas
Fi Tahunan
(RM)

TETAPStesen Bumi (kurang daripada 2.4 meters)
120.00
Stesen Bumi (2.4 meters keatas)
1200.00
Stesen Darat (kurang daripada 30 MHz)
60.00
Stesen Darat (30 MHz hingga 3GHz)
120.00
Stesen Darat (lebih daripada 3 GHz)
240.00
Stesen Eksperimen
60.00
Stesen Penerimaan Berita
360.00
Stesen Tetap
120.00

RADIO PENENTUANStesen Radiolokasi
120.00
Stesen Radionavigasi
120.00
Stesen Radiopenentuan
1200.00

ANGKASA LEPASStesen Angkasa Lepas
120.00
Stesen Satelit Amatur
120.00
Stesen Satelit Penyiaran
1200.00
Stesen Satelit Tetap
1200.00

BERGERAKStesen Bergerak
60.00
Stesen Bergerak Darat
60.00
Stesen Bergerak Penerbangan
60.00
Stesen Bumi Bergerak
60.00
Stesen Bumi Bergerak Maritim
60.00
Stesen Bumi Bergerak Penerbangan
60.00
Stesen Eksperimen
60.00
Stesen Kapal
60.00
Stesen Kawalan Jauh
60.00
Stesen Kegunaan Persendirian
240.00
Stesen Pangkalan Kelui
120.00
Stesen Pangkalan Radio Bersel
120.00
Stesen Pangkalan Radio Saluran Pajakan
120.00
Stesen Pangkalan Radio Sesalur
120.00
Stesen Pangkalan Tanpa Kord
120.00
Stesen Pantai
120.00
Stesen Penggera Wayarles
60.00
Stesen Pesawat Udara
60.00
Stesen Tetap Penerbangan
120.00

PENYIARANStesen Pemancar Penyiaran
1200.00
Stesen Pengulang Penyiaran
120.00

AMATURStesen Amatur (Kelas A)
36.00
Stesen Amatur (Kelas A)
24.00
Stesen Pengulang Amatur
60.00

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


SUSUNAN B

FI BAGI PENGUNTUKAN RADAS

Fi berubah-ubah



Lebar Jalur (setiap saluran) *
(kHz)
Fi Tahunan berkenaan dengan
jalur bagi setiap stesen (RM)


Kurang daripada 30
MHz
30 MHz hingga 2GHz
lebih daripada 2 GHz

0.000 - 5.000
42.00
90.00
60.00
5.001 - 12.000
52.00
110.00
70.00
12.001 - 25.000
62.00
130.00
90.00
25.001 - 100.000
113.00
230.00
130.00
100.001 - 200.000
186.00
380.00
200.00
200.001 - 1000.000
264.00
520.00
280.00
1000.001 - 3500.000
342.00
680.00
360.00
3500.001 - 7000.000
420.00
840.00
440.00
7000.001 - 14000.000
498.00
1000.00
510.00
14000.001 - 28000.000
576.00
1160.00
590.00
28000.001 - 60000.000
654.00
1300.00
670.00
36000.001 - 54000.000
732.00
1470.00
750.00
54000.001 atau lebih
810.00
1620.00
830.00

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


Nota :

* Lebar jalur adalah jumlah lebar jalur yang digunakan termasuk jalur kawalan.


1. Bagi tujuan pengiraan fi penguntukan radas dalam Jadual ini, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira yang berikut :
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
[Gan. P.U. (A) 277/2001]
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
2. Dalam Jadual ini :

"gelombang radio" ertinya frekuensi gelombang elektromagnetik yang secara arbitrari lebih rendah daripada 3000 GHz yang dirambatkan ke angkasa lepas tanpa panduan buatan;

[Mas. P.U. (A) 277/2001]

"lebar jalur" ertinya lebar suatu jalur frekuensi;
[Mas. P.U. (A) 277/2001]


"mata arah penunjuk lokasi kecemasan" ertinya suatu stesen radiolokasi, yang pemancarannya dimaksudkan bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat;

"peranti capaian bergerak bersel" ertinya suatu peranti capaian untuk mencapai suatu rangkaian radio dalam satu daripada jalur bersel;
[Mas. P.U. (A) 277/2001]


"peranti capaian radio saluran pajakan" ertinya suatu peranti dalam perkhidmatan bergerak dengan menyambungkan satu saluran frekuensi radio tunggal kepada seseorang atau kumpulan orang;

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"peranti capaian radio sesalur" ertinya suatu peranti menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian dalam sistem radiokomunikasi yang dengannya trafik radiokomunikasi boleh melalui apa-apa saluran kumpulan sesalur dipilih secara automatik oleh sistem yang dilayan oleh suatu stesen radio pengkalan sesalur;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan angkasa lepas" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang menggunakan suatu stesen angkasa lepas atau mana-mana stesen lain yang terletak melampaui, atau dimaksudkan untuk melampaui, atau telah melampaui, sebahagian besar atmosfera bumi;

"perkhidmatan antara satelit" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang memperuntukkan perhubungan antara stesen bumi buatan;

"perkhidmatan bergerak" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi antara suatu stesen bergerak dengan stesen darat, atau antara stesen-stesen bergerak;

"perkhidmatan bergerak bersel" ertinya suatu perkhidmatan bergerak antara stesen berasaskan radio bersel dengan peranti capaian bergerak bersel;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan bergerak maritim" ertinya suatu perkhidmatan bergerak antara suatu stesen pantai dengan suatu stesen kapal, atau antara stesen-stesen kapal, atau antara stesen-stesen bersekutu di dalam kapal dan termasuklah suatu stesen kraf penyelamat dan stesen mata arah radio penunjuk kedudukan kecemasan;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan bergerak penerbangan" ertinya suatu perkhidmatan bergerak antara suatu stesen penerbangan dengan stesen pesawat udara, atau antara stesen-stesen pesawat udara yang boleh disertai oleh stesen kraf penyelamat atau yang boleh disertai oleh suatu mata arah radio petunjuk lokasi kecemasan pada frekuensi distres dan frekuensi kecemasan yang ditetapkan;

"perkhidmatan keselamatan" ertinya apa-apa perkhidmatan radiokomunikasi sama ada kekal atau sementara, dengan kemampuan untuk memenuhi kehendak komunikasi bantuan kecemasan bagi menjaga keselamatan nyawa manusia dan/atau harta;
[Gan. P.U. (A) 277/2001[


"perkhidmatan penyiaran" ertinya suatu perkhidmatan aplikasi kandungan yang kandungannya dihantar secara radiokomunikasi dan adalah dimaksudkan bagi penerimaan langsung oleh orang awam atau sebahagian daripada orang awam;

"perkhidmatan radio amatur" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang dengannya suatu stesen digunakan bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan penyiasatan teknikal yang dijalankan oleh amatur, iaitu, orang yang dibenarkan dengan sewajarnya yang berminat dalam teknik radio semata-mata untuk tujuan peribadi dan tanpa apa-apa kepentingan kewangan;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan satelit bergerak maritim" ertinya suatu perkhidmatan satelit bergerak yang dalamnya stesen bumi bergerak ditempatkan dalam vesel dan termasuklah suatu stesen kraf penyelamat dan stesen mata arah radio penunjuk kedudukan kecemasan;

"perkhidmatan radiokomunikasi" ertinya apa-apa perkhidmatan rangkaian yang berasaskan radiokomunikasi;

"perkhidmatan radiolokasi" ertinya suatu perkhidmatan radiopenentuan bagi tujuan radiolokasi;

"perkhidmatan radionavigasi" ertinya suatu perkhidmatan bagi tujuan navigasi termasuklah bagi tujuan pengumuman amaran halangan;

"perkhidmatan radiopenentuan" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan radiopenentuan;

"perkhidmatan satelit amatur" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang menggunakan suatu stesen angkasa lepas dalam satelit bumi bagi tujuan yang sama sebagaimana perkidmatan radio amatur;

"perkhidmatan satelit bergerak" ertinya satu perkhidmatan radiokomunikasi -
dan termasuklah penghubung rangkai yang perlu bagi pengendaliannya;

"perkhidmatan satelit bergerak darat" ertinya suatu perkhidmatan satelit bergerak yang dalamnya stesen bumi bergerak ditempatkan dalam kapal;

"perkhidmatan satelit bergerak penerbangan " ertinya suatu perkhidmatan satelit bergerak yang dengannya stesen bumi bergerak ditempatkan dalam suatu pesawat udara atau suatu kraf penyelamat, bot keselamatan atau kraf keselamatan;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan satelit penyiaran" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi yang apabila semboyan dihantar atau dihantar semula oleh stesen angkasa lepas adalah dimaksudkan bagi penerimaan langsung oleh orang awam atau sebahagian daripada orang awam;

"perkhidmatan satelit tetap" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi antara stesen-stesen bumi pada suatu kedudukan yang diberikan, dan apabila satu atau lebih satelit digunakan, kedudukan yang diberikan mungkin suatu poin tetap yang dinyatakan atau mana-mana poin tetap dalam suatu kawasan yang dinyatakan dan termasuklah penghubung satelit ke satelit yang boleh juga dikendalikan dalam perkhidmatan antara satelit dan perhubungan rangkai bagi perkhidmatan angkasa lepas yang lain;

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"perkhidmatan tetap" ertinya suatu perkhidmatan radiokomunikasi antara poin-poin tetap yang dinyatakan;

"pesawat udara" termasuklah apa-apa kapalterbang, kapal udara, belon udara panas dan apa-apa mesin terbang buatan manusia yang lain yang mana digerakkan melalui udara sama ada secara semula jadi atau mekanikal dan telah dipasang dengan kelengkapan radiokomunikasi;

"radiokomunikasi " ertinya komunikasi melalui gelombang radio;

"radiopenentuan" ertinya penentuan kedudukan, halaju, hala dan ciri-ciri lain suatu objek atau bagi mendapatkan maklumat berhubung dengan objek itu melalui spektrum;

"stesen amatur" ertinya suatu stesen dalam perkhidmatan radio amatur;

"stesen angkasa lepas" ertinya suatu stesen yang digunakan atau dimaksudkan untuk digunakan dalam perkhidmatan angkasa lepas;

"stesen pangkalan radio bersel" ertinya suatu stesen tetap yang digunakan bagi mengadakan suatu perkhidmatan rangkaian kepada pelanggan-pelanggan dan yang digunakan sebagai penghubung antara mana-mana peranti capaian bergerak bersel dengan kemudahan rangkaian atau antara mana-mana peranti capaian bergerak bersel dengan peranti capaian bergerak bersel yang lain;

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"stesen pangkalan radio sesalur" ertinya suatu stesen tetap yang memberi radiokomunikasi sesalur dua hala dan digunakan sebagai suatu penghubung antara suatu stesen tetap dan peranti capaian radio sesalur;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"stesen bergerak" ertinya suatu stesen mudah angkut yang dikendalikan di darat dan dimaksudkan untuk digunakan semasa bergerak atau semasa berhenti di poin-poin yang tidak dinyatakan;

"stesen bergerak bersel" [Dipotong P.U.(A) 277/2001]


"stesen bergerak darat" ertinya suatu stesen bergerak dalam perkhidmatan bergerak yang dikendalikan di darat yang mempunyai keupayaan pergerakan permulaan dalam lingkungan sempadan geografi sesuatu negara atau benua;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"stesen bergerak penerbangan" ertinya suatu stesen darat dalam perkhidmatan bergerak penerbangan;

"stesen bersel" [Dipotong P.U. (A) 277/2001]

"stesen bumi" ertinya suatu stesen yang terletak sama ada di atas permukaan bumi atau dalam sebahagian besar atmosfera bumi dan dimaksudkan bagi komunikasi -
[Gan. P.U. (A) 277/2001]
"stesen bumi bergerak" ertinya suatu stesen bumi dalam perkhidmatan satelit bergerak bertujuan untuk digunakan semasa bergerak atau semasa berhenti di poin-poin yang tidak dinyatakan;
[Gan. P.U. (A) 277/2001]


"stesen bumi bergerak maritim" ertinya suatu stesen bergerak dalam perkhidmatan satelit bergerak maritim;

"stesen bumi bergerak penerbangan" ertinya suatu stesen bumi bergerak yang terletak dalam suatu pesawat udara atau suatu kraf penyelamat, bot keselamatan atau kraf keselamatan;

"stesen darat" ertinya suatu stesen dalam perkhidmatan tetap yang dikendalikan di darat dan tidak dimaksudkan untuk digunakan semasa bergerak;

"stesen eksperimen" ertinya suatu stesen tetap atau stesen bergerak yang digunakan bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan, pendidikan atau demonstrasi;

"stesen kapal" ertinya suatu stesen yang terletak di atas suatu vesel, selain kraf penyelamat, yang tidak ditambat secara kekal;

"stesen kawalan jauh" ertinya suatu stesen tetap atau stesen bergerak yang dikawal oleh semboyan radiokomunikasi dari tempat terpencil;

"stesen kegunaan persendirian" ertinya suatu stesen yang dikendalikan atas frekuensi spesifik atau frekuensi-frekuensi yang digunakan bagi maksud kegunaan persendirian oleh orang perseorangan atau kumpulan orang atau syarikat bagi berkomunikasi dengan stesen pangkalan atau stesen bergerak yang dibenarkan;

"stesen kraf penyelamat" ertinya suatu stesen bergerak yang dimaksudkan semata-mata bagi tujuan keselamatan dan terletak di dalam mana-mana vesel atau pesawat udara, bot keselamatan, kraf keselamatan atau kelengkapan keselamatan yang lain;

"stesen pangkalan kelui" ertinya suatu stesen tetap yang digunakan bagi memperuntukkan utusan kelui;

"stesen pangkalan radio saluran pajakan" ertinya suatu stesen tetap yang memberi radiokomunikasi saluran pajakan dan digunakan sebagai penghubung antara suatu stesen tetap dengan suatu peranti capaian radio saluran pajakan;
[Gan. P.U. (A) 277/2001)


"stesen pangkalan tanpa kord" ertinya suatu stesen tetap yang digunakan untuk memberikan perkhidmatan rangkaian kepada pelanggan dan digunakan sebagai penyambung antara apa-apa peranti capaian telefon tanpa kord dan kemudahan rangkaian atau antara apa-apa peranti capaian telefon tanpa kord dan peranti capaian telefon tanpa kord yang lain;
[Mas. P.U. (A) 277/2001]


"stesen pantai" ertinya suatu stesen darat dalam perkhidmatan bergerak maritim;

"stesen penerimaan berita" ertinya suatu stesen yang dimaksudkan bagi penerimaan utusan berita pelbagai destinasi;

"stesen penggera wayarles" ertinya suatu stesen yang memperuntukkan sistem penggera keselamatan yang menggunakan radiokomunikasi;

"stesen penyiaran" ertinya suatu stesen tetap yang digunakan bagi memperuntukkan satu perkhidmatan penyiaran atau lebih;

"stesen penghantar penyiaran" ertinya suatu stesen tetap yang digunakan untuk menyiarkan melalui penghantaran penyiaran dan perkhidmatan sampingan dalam saluran spektrum yang ditentukan;

"stesen pengulang penyiaran" ertinya suatu stesen yang digunakan bagi penerimaan radiokomunikasi dari penghantar dan bagi siaran automatik radiokomunikasi kepada penerima;

"stesen pesawat udara" ertinya suatu stesen yang ditempatkan dalam apa-apa pesawat udara;

"stesen radiolokasi" ertinya suatu stesen radiopenentuan yang digunakan dalam perkhidmatan radiolokasi bagi tujuan selain perkhidmatan radionavigasi;

"stesen radionavigasi" ertinya suatu stesen radiopenentuan yang digunakan bagi tujuan perkhidmatan radionavigasi;

"stesen radiopenentuan" ertinya suatu stesen yang digunakan bagi tujuan radiopenentuan;

"stesen satelit amatur" ertinya suatu stesen angkasa lepas dalam perkhidmatan satelit amatur;

"stesen satelit penyiaran" ertinya suatu stesen angkasa lepas dalam perkhidmatan satelit penyiaran;

"stesen satelit tetap" ertinya suatu stesen angkasa lepas dalam perkhidmatan satelit tetap;

"stesen tetap" ertinya suatu stesen yang terletak dalam suatu lokasi yang dinyatakan dan diniatkan bagi digunakan dalam lokasi yang dinyatakan itu;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"stesen tetap penerbangan" ertinya suatu stesen pangkalan darat yang boleh berkomunikasi dengan pesawat udara;

"vesel" termasuklah apa-apa kapal, baj, bot, hoverkraf atau kraf lain atau pelantar terapung yang digunakan terutamanya di atas air dan sama ada tetap atau terapung dan sama ada dipandu dengan cara mekanikal atau cara-cara lain.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.