P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN VIII - AM




Peraturan 44. Peralihan dan kecualian


(1) Segala lesen stesen sah yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995 [P.U. (A) 224/95], kecuali radas yang tertakluk kepada penguntukan kelas, hendaklah disifatkan sebagai penguntukan radas di bawah syarat-syarat yang sama Akta dan Peraturan-Peraturan ini sehingga habis tempohnya.
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


(2) Segala perakuan, kelulusan dan tindakan yang dikeluarkan, dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan Radiokomunikasi 1995 hendaklah menjadi sah dan berkesan seolah-olah dikeluarkan, dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan ini, setakat yang selaras dengan Akta dan Peraturan-Peraturan ini dan bagi segala maksud dan tujuan hendaklah disifatkan telah dikeluarkan dibuat atau diambil di bawah Peraturan-Peraturan ini sehingga habis tempoh atau dibatalkan.

[Pin. P.U. (A) 277/2001]





Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.