P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN VIII - AM




Peraturan 43. Salinan penguntukan yang diperakui benar


(1) Pemegang penguntukan boleh memohon kepada Suruhanjaya secara bertulis bagi mendapatkan suatu salinan penguntukan yang diperakui benar.

(2) Apabila fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kedua dibayar, Suruhanjaya hendaklah memberikan suatu salinan yang diperakui benar penguntukan itu kepada pemegang penguntukan.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.