P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VIII - AM
Peraturan 42. Pelanjutan masa
Walau apa pun yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan ini, jika suatu tempoh dinyatakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau memenuhi sesuatu syarat, orang yang terlibat boleh meminta suatu pelanjutan masa secara bertulis dan Suruhanjaya boleh memberikan pelanjutan masa itu sebagaimana yang difikirkannya patut.