P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VIII - AM
Peraturan 40. Tanggung rugi
Kerajaan atau Suruhanjaya tidak bertanggungjawab bagi sesuatu pelanggaran mana-mana undang-undang yang timbul berkaitan dengan suatu radas yang diuntukkan di bawah Akta atau Peraturan-Peraturan ini atau yang disebabkan oleh penggunaan radas dan pemegang penguntukan yang berkaitan hendaklah menanggung rugi Kerajaan dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tindakan, tuntutan atau permintaan bagi kerugian atau kerosakan yang timbul daripada pelanggaran mana-mana undang-undang akibat daripada penggunaan radas oleh pemegang penguntukan itu.