P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN VIII - AM




Peraturan 39. Panggilan distres


Seseorang yang menggunakan atau mengendalikan suatu radas hendaklah menerima dengan keutamaan mutlak panggilan distres atau utusan tanpa mengira puncanya dan membalas atau mengambil tindakan serta-merta berkenaan dengan panggilan atau utusan itu dan tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya, memancar semula panggilan atau utusan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.