P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VIII - AM
Peraturan 38. Rekod kebenaran, dsb.
Seseorang pemegang penguntukan yang memberikan kebenaran pihak ketiga atau memperoleh perubahan di bawah Peraturan-Peraturan ini hendaklah ---
(a) menyebabkan suatu salinan kebenaran atau perubahan itu disimpan di pejabat berdaftarnya; dan
(b) menyimpan suatu salinan kebenaran atau perubahan itu sekurang-kurangnya selama satu tahun selepas kebenaran atau perubahan itu tidak lagi berkuat kuasa.