P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VIII - AM
Peraturan 37. Pendaftaran penguntukan, dsb.
Suruhanjaya hendaklah menyenggara suatu daftar bagi segala penguntukan dan apa-apa perubahan yang dibuat kepada penguntukan, pembenaran pihak ketiga dan pindah hakmilik pihak ketiga di bawah Peraturan-Peraturan ini menurut seksyen 81 Akta, melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa perkara-perkara sedemikian tidak patut didedahkan demi kepentingan negara.