P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN VIII - AM




Peraturan 33. Laluan perambatan radiokomunikasi


(1) Tiada seorangpun boleh merancang, mereka bentuk atau membina suatu struktur atau objek fizikal yang boleh menghalang atau memudaratkan suatu laluan perambatan radiokomunikasi yang diluluskan.

(2) Suruhanjaya boleh, setelah berunding dengan pihak berkuasa yang berkenaan, menyebabkan apa-apa halangan itu dibuka atau dipindahkan atas kos dan tanggungan orang yang merancang, mereka bentuk atau membina struktur atau objek fizikal itu.
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


(3) Mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi subperaturan (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.