P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VII - PENGAMBILAN WAJIB
Peraturan 32. Kesan pengambilan wajib
(1) Walau apa pun peraturan 31, jika semua penguntukan spektrum diambil secara wajib, penguntukan spektrum itu terhenti daripada berkuat kuasa pada hari yang dinyatakan dalam notis pengambilan wajib itu.
(2) Jika sebahagian daripada penguntukan spektrum diambil secara wajib, Suruhanjaya boleh ---
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
(a) mengubah syarat yang termasuk dalam bahagian penguntukan spektrum yang masih tinggal; dan
(b) memberikan suatu salinan penguntukan spektrum yang diubah itu kepada pemegang penguntukan yang terlibat oleh pengambilan itu.