P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN VI - PENGUNTUKAN KELAS




Peraturan 28. Kesahan penguntukan kelas


(1) Suatu penguntukan kelas hendaklah sah sehingga dibatalkan secara bertulis oleh Suruhanjaya.

(2) Sebelum pembatalan suatu penguntukan kelas, Suruhanjaya hendaklah menyebabkan suatu pernyataan disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga puluh hari berturut-turut memberitahu orang awam tentang pembatalan dan tarikh pembataan itu akan berkuat kuasa.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.