P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN VI - PENGUNTUKAN KELAS
Peraturan 26. Jenis penguntukan kelas
Dalam membuat keputusan mengenai jenis penguntukan kelas yang boleh dikeluarkan di bawah seksyen 169 Akta, Suruhanjaya hendaklah mempertimbangkan perkara yang berikut :
(a) sama ada kawalan berterusan perlu dikenakan ke atas pengendalian radas atau perkhidmatan tertentu;
(b) sama ada syarat yang dinyatakan diperlukan untuk mengendalikan radas atau menawarkan perkhidmatan;
(c) risiko radas akan menyebabkan gangguan kecil, gangguan besar dan gangguan mudarat;
(d) sama ada radas memerlukan frekuensi khusus;
(e) sama ada liputan perkhidmatan yang berkaitan akan dihadkan mengikut wilayah; dan
(f) apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Suruhanjaya.