P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN V - PENGUNTUKAN RADAS
Peraturan 25. Pembenaran pihak ketiga
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
(1) Pemegang penguntukan radas boleh membenarkan pihak ketiga mengendalikan kemudahan rangkaian yang merupakan hal-perkara penguntukan radas itu jika ---
(a) kebenaran itu adalah secara bertulis;
(b) pihak ketiga itu memberikan aku janji untuk mematuhi syarat-syarat penguntukan radas seolah-olah pihak ketiga itu merupakan pemegang penguntukan radas itu; dan
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
(c) pemegang penguntukan radas itu mematuhi apa-apa syarat lain sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya.
(2) Pemegang penguntukan radas hendaklah memberitahu Suruhanjaya tentang hasratnya untuk membenarkan pihak ketiga mengendalikan kemudahan rangkaiannya, tidak kurang daripada enam puluh hari sebelum tarikh kebenaran itu, melainkan jika dipersetujui selainnya oleh Suruhanjaya.
(3) Pemberian kebenaran oleh pemegang penguntukan radas kepada pihak ketiga hendaklah tidak menghalang atau mencegah pemegang penguntukan radas itu daripada menggunakan penguntukan itu, secara serentak atau selainnya, menurut syarat-syarat penguntukan radas itu.
(4) Pihak ketiga yang dibenarkan untuk mengendalikan kemudahan rangkaian hendaklah menyimpan suatu salinan pembenaran itu.
(5) Pemegang penguntukan radas hendaklah memberitahu pihak ketiga yang dibenarkan itu mengenai apa-apa perkara material yang menjejaskan penguntukan itu dalam masa empat belas hari selepas pemegang penguntukan radas diberi notis tentang perkara itu.
(6) Pemegang penguntukan radas hendaklah bertanggungjawab ke atas kelakuan pihak ketiga yang dibenarkan dengan sewajarnya itu.