P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN V - PENGUNTUKAN RADAS
Peraturan 24. Kesahan penguntukan radas
(1) Suatu penguntukan radas hendaklah sah selama tempoh lima tahun atau apa-apa tempoh yang kurang sebagaimana yang dinyatakan dalam penguntukan radas.
(2) Pemegang penguntukan radas boleh, tidak kurang daripada enam puluh hari sebelum habis tempoh penguntukan radas, membuat permohonan baru kepada Suruhanjaya bagi mendapatkan penguntukan radas dan peraturan 21 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan itu.