P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN V - PENGUNTUKAN RADAS




Peraturan 21. Permohonan bagi penguntukan radas


(1) Seseorang yang berhasrat untuk memohon untuk mendapatkan suatu penguntukan radas boleh menggunakan borang yang sama bagi satu atau lebih radas dari jenis stesen yang sama, di bawah jalur frekuensi yang sama yang dinamakan dan lokasi yang sama.
[Gan. P.U. (A) 277/2001]


(2) Suatu permohonan bagi suatu penguntukan radas hendaklah disertakan dengan ---

(3) Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa meminta pemohon memberikan dalam tempoh yang dinyatakan dalam permintaan itu, maklumat lanjut atau dokumen.

(4) Dalam memutuskan sama ada untuk memberikan atau tidak suatu penguntukan radas, Suruhanjaya hendaklah mengambil kira perkara yang berikut :
[Pin. P.U. (A) 277/2001]

(5) Pemberian suatu penguntukan radas tidak boleh ditafsirkan sebagai memberi pemegang penguntukan radas itu suatu monopoli ke atas penggunaan frekuensi atau hak pemegangan yang berterusan berkenaan dengan frekuensi itu.

(6) Suruhanjaya boleh menghendaki pemegang penguntukan radas supaya berkongsi frekuensi yang diuntukkan dengan pemegangan penguntukan lain.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.