P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN IV - PENGUNTUKAN SPEKTRUM
Peraturan 18. Penggantungan atau pembatalan penguntukan spektrum
(1) Jika penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan spektrum di bawah peraturan 12 telah berkuat kuasa, Suruhanjaya hendaklah, seberapa cepat yang dapat dilaksanakan, menyebabkan notis penggantungan atau pembatalan itu disiarkan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar harian nasional bahasa kebangsaan dan satu surat khabar harian nasional bahasa Inggeris selama sekurang-kurangnya tiga hari berturur-turut.
(2) Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan itu di bawah subperaturan (1) hendaklah tidak menjejaskan kesahan penggantungan atau pembatalan penguntukan spektrum itu.