P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN IV - PENGUNTUKAN SPEKTRUM
Peraturan 16. Fi bagi penguntukan spektrum
Fi bagi suatu penguntukan spektrum boleh distrukturkan sebagimana yang berikut :
(a) suatu komponen fi tahunan untuk menyumbang kepada penyenggaraan spektrum yang menjadi dasar penguntukan itu: dan
(b) suatu komponen harga yang ditetapkan melalui sama ada lelongan, tender atau kaedah lain dalam skop Akta yang kena dibayar secara tahunan atau pukal.