P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN IV - PENGUNTUKAN SPEKTRUM
Peraturan 15. Syarat-syarat bagi penguntukan spektrum
Sebagai tambahan kepada syarat-syarat standard di bawah peraturan 10, syarat-syarat yang berikut boleh dikenakan oleh Suruhanjaya pada penguntukan spektrum :
(a) pemegang penguntukan spektrum hendaklah menyerahkan suatu senarai tapak di mana dia berhasrat untuk memasang radasnya sekurang-kurangnya satu bulan sebelum pemasangan yang dijadualkan bagi setiap radas itu dan senarai itu hendaklah termasuk maklumat yang berikut :
(i) tujuan tapak dan sasaran pasaran geografi yang dicadangkan;
(ii) nama tapak, penentu kod pendek, jika ada, dan lokasi;
(iii) radas yang akan digunakan;
(iv) frekuensi yang akan digunakan;
(v) parameter pancaran radio;
(vi) jenis antena, arah hala dan ketinggian antena; dan
[Pin. P.U.(A) 277/2001]
(vii) tarikh pentauliahan tapak yang dicadangkan; dan
(b) apa-apa syarat lain yang dinyatakan dalam pakej maklumat pemohon, rancangan pemasaran atau rancangan penukaran.