P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN III - PENGUNTUKAN




Peraturan 12. Penggantungan atau pembatalan penguntukan


(1) Suruhanjaya boleh menggantung atau membatalkan suatu penguntukan dalam mana-mana hal keadaan yang berikut :

(2) Sebelum menggantung atau membatalkan suatu penguntukan, Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemegang penguntukan secara bertulis mengenai hasratnya.

(3) Pemegangn penguntukan hendaklah dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh notis bertulis dikeluarkan memberikan penghujahan bertulis kepada Suruhanjaya yang menjelaskan sebab-sebab untuk tidak menggantung atau membatalkan penguntukan itu.

(4) Suruhanjaya hendaklah memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat oleh pemegang penguntukan sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu.

(5) Jika suatu penggantungan atau pembatalan penguntukan itu melibatkan orang awam, Suruhanjaya hendaklah memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada apa-apa penghujahan yang dibuat oleh orang awam sebelum membuat keputusan untuk menggantung atau membatalkan penguntukan itu.

(6) Penggantungan atau pembatalan suatu penguntukan hendaklah mula berkuat kuasa apabila habis tempoh empat belas hari daripada tarikh notis penggantungan atau pembatalan itu diserahkan kepada pemegang penguntukan.

(7) Jika penguntukan telah dibatalkan di bawah subperaturan (1)--




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.