P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN III - PENGUNTUKAN
Peraturan 10. Syarat-syarat standard bagi suatu penguntukan
Suruhanjaya boleh mengenakan syarat-syarat standard yang berikut pada mana-mana suatu penguntukan:
(a) pemegang penguntukan hendaklah menggunakan atau mengendalikan hanya radas yang diperakui dalam spektrum yang dinyatakan dalam penguntukan;
(b) pemegang penguntukan hendaklah membayar fi bagi penguntukan dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam penguntukan;
(c) pemegang penguntukan hendaklah menggunakan spektrum secara yang bermanfaat;
(d) pemegang penguntukan hendaklah mengemukakan suatu laporan pentauliahan dalam format dan mengandungi apa-apa maklumat sebagimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya sebelum suatu radas yang diperakui yang dibenarkan oleh penguntukan boleh beroperasi secara kormesial;
(e) pemegang penguntukan hendaklah mematuhi segala arahan Suruhanjaya yang berhubungan dengan penggunaan spektrum;
(f) pemegang penguntukan hendaklah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan bahawa tiada gangguan besar atau gangguan yang memudaratkan berlaku;
(g) pemegang penguntukan hendaklah mengambil segala langkah yang perlu bagi menghapuskan apa-apa gangguan kecil, gangguan besar atau gangguan mudarat;
(h) pemegang penguntukan hendaklah memastikan bahawa segala radas yang menyebabkan gangguan besar atau gangguan yang memudaratkan diberhentikan operasinya sehingga suatu masa apabila gangguan besar atau gangguan yang memudaratkan itu dihapuskan;
(i) pemegang penguntukan hendaklah memastikan bahawa tiada radas yang digunakan atau dikendalikan dalam spektrum itu melebihi kuasa keluaran yang ditetapkan, parameter pancaran atau kawasan liputan yang diluluskan bagi penguntukan itu tanpa mendapat kelulusan bertulis Suruhanjaya terlebih dahulu;
(j) pemegang penguntukan hendaklah mematuhi standard teknikal, standard mandatori atau kod sukarela yang didaftarkan oleh Suruhanjaya di bawah Akta;
(k) pemegang penguntukan hendaklah mematuhi Akta dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta dan apa-apa perundangan bertulis lain, yang berkaitan; dan
[Pin. P.U. (A) 277/2001]
(l) pemegang penguntukan hendaklah mematuhi peruntukan Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa dan Konvensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut.