P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN III - PENGUNTUKAN
Peraturan 9. Pengeluaran penguntukan
Suatu penguntukan boleh ---
(a) dikeluarkan dalam bentuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya;
(b) menyatakan skop dan had kebolehan pemegang penguntukan untuk memindah hakmilik atau selainnya berurusan dengan semua atau mana-mana bahagian penguntukan itu;
(c) menyatakan tempoh sah penguntukan yang bermula dari tarikh penguntukan itu dikeluarkan; dan
(d) mengandungi syarat-syarat lain sebagaimana yang boleh dikenakan oleh Suruhanjaya.