P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN II - PERANCANGAN SPEKTRUM
Peraturan 7. Rancangan penukaran
(1) Rancangan penukaran yang telah disediakan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 5 boleh menyatakan tatacara dan jadual bagi mengeluarkan penguntukan spektrum baru untuk menggantikan penguntukan radas yang sedia ada yang terjejas oleh rancangan penukaran itu.
(2) Rancangan penukaran tidak memerlukan suatu penguntukan spektrum dikeluarkan bagi semua spektrum atau kawasan geografi yang baginya rancangan penukaran itu terpakai.