P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN II - PERANCANGAN SPEKTRUM




Peraturan 6. Rancangan pemasaran


(1) Rancangan pemasaran yang disediakan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 5 boleh terdiri daripada ---
[Pin. P.U.(A) 277/2001]

(2) Rancangan pemasaran dan apa-apa perubahannya yang material, hendaklah tersedia kepada orang awam bagi mendapatkan ulasan dan apa-apa ulasan yang diterima dalam tempoh yang munasabah yang dinyatakan oleh Suruhanjaya hendaklah dipertimbangkan oleh Suruhanjaya sebelum mengeluarkan apa-apa penguntukan.

(3) Rancangan pemasaran tidak memerlukan suatu penguntukan dikeluarkan bagi semua spektrum atau kawasan geografi yang baginya rancangan pemasaran itu terpakai.

(4) Rancangan pemasaran boleh menunjukkan sama ada penguntukan akan diuntukkan melalui lelongan, tender atau harga tetap yang ditentukan oleh Menteri atau Suruhanjaya.

(5) Tatacara bagi mendapatkan suatu harga tetap yang akan ditentukan oleh Menteri atau Suruhanjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh termasuk yang berikut :

(6) Perkara yang perlu diambil kira dalam menentukan harga tetap hendaklah termasuk yang berikut :
[Pin. P.U.(A) 277/2001]

(7) Suruhanjaya boleh mengubah suai atau mengubah rancangan pemasaran sebagaimana yang difikirkan patut olehnya.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.