P.U. (A) 128/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000
BAHAGIAN II - PERANCANGAN SPEKTRUM
Peraturan 4. Kajian semula, perubahan dan pembatalan rancangan spektrum
(1) Suruhanjaya boleh mengkaji semula, mengubah atau membatalkan suatu rancangan spektrum.
(2) Jika Suruhanjaya telah membuat suatu rancangan spektrum yang baru di bawah subperaturan 3(4) atau mengkaji semula, mengubah atau membatalkan apa-apa rancangan spektrum yand sedia ada di bawah subperaturan (1), rancangan spektrum yang baru atau yang dikaji semula, diubah atau dibatalkan itu hendaklah mengatasi rancangan spektrum yang sedia ada atau setakat kajian semula, pindaan atau pembatalan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.