P.U. (A) 128/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (SPEKTRUM) 2000

BAHAGIAN I - PERMULAAN




Peraturan 2. Tafsiran


Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain ---

"angkatan tentera" mempunyai erti yang diuntukkan kepadanya oleh Akta Angkatan Tentera 1972 [Akta 77];

"gangguan besar" ertinya gangguan elektromagnetik yang menjadikan apa-apa radas atau perkhidmatan tidak sesuai untuk tujuan yang dimaksudkan;

"gangguan kecil" ertinya gangguan elektromagnetik yang tidak menjejaskan keseluruhan pengendalian apa-apa penghantaran radiokomunikasi;

"gangguan mudarat" ertinya gangguan yang membahayakan atau secara serius merendahkan, menghalang atau berulang kali mengganggu fungsi perkhidmatan radionavigasi atau satu perkhidmatan keselamatan atau lebih yang dikendalikan menurut Peraturan-Peraturan ini;

[Gan. P.U. (A) 277/2001]


"gelombang radio" [Dipotong P.U.(A) 277/2001]

"kawasan geografi" ertinya ---
"Kovensyen Antarabangsa bagi Keselamatan Nyawa di Laut" ertinya Konvensyen Antarabangsa yang dibuat di London dalam tahun 1974 berkenaan dengan keselamatan nyawa di laut, dan termasuklah apa-apa konvensyen yang berikutan yang dalamnya Kerajaan ialah suatu pihak ; dan jika apa-apa pindaan kepada Konvensyen itu dikuatkuasakan berkenaan dengan Malaysia, sebutan dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Konvensyen yang dipinda itu;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]



"Kovensyen Telekomunikasi Antarabangsa" ertinya Perlembagaan dan Konvensyen Pertubuhan Telekomunikasi bagi Pertubuhan Telekomunikasi Antarabangsa yang ditandatangani di Geneva dalam tahun 1992 yang berhubungan dengan telekomunikasi dan termasuklah apa-apa Perlembagaan atau Konvensyen yang berikutan yang dalamnya Kerajaan ialah suatu pihak dan Perlembagaan atau Konvensyen Pertubuhan Telekomunikasi itu meliputi apa-apa peraturan-peraturan radiokomunikasi yang dibuat di bawah Perlembagaan atau Konvensyen itu; dan jika apa-apa pindaan kepada Perlembagaan dan Konvensyen itu mula dikuatkuasakan berkenaan dengan Malaysia, sebutan dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Perlembagaan dan Konvensyen yang dipinda itu;

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"laluan perambatan radiokomunikasi" ertinya laluan dalam atmosfera bagi penghubung poin ke poin antara stesen;

"lebar jalur" ertinya lebar suatu jalur frekuensi;

"pakej maklumat pemohon" ertinya pakej maklumat pemohon yang disediakan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 8;

"pemancar" ertinya apa-apa stesen yang direka bentuk atau dimaksudkan bagi tujuan penghantaran radiokomunikasi dalam saluran spektrum yang ditentukan termasuk apa-apa peranti yang direka bentuk bagi digunakan bersama atau bersampingan atau berkaitan dengan pemancar tersebut itu;

"pembenaran pihak ketiga" ertinya pembenaran pihak ketiga di bawah peraturan 25;

"pemegang penguntukan" ertinya pemegang penguntukan spektrum pemegang penguntukan radas;

[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"pemegang penguntukan spektrum" ertinya seorang yang kepadanya dikeluarkan suatu penguntukan spektrum di bawah seksyen 159 Akta;

"pemegang penguntukan radas" ertinya seorang yang kepadanya dikeluarkan suatu penguntukan radas di bawah seksyen 164 Akta;

"pemohon" ertinya seseorang yang memohon bagi mendapatkan suatu penguntukan atau di bawah Peraturan-Peraturan ini, mengikut mana-mana yang berkaitan;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"penerima" ertinya apa-apa stesen yang direka bentuk atau dimaksudkan bagi tujuan penerimaan radiokomunikasi termasuk apa-apa peranti yang direka bentuk untuk digunakan bersama atau bersampingan atau berkaitan dengan penerima itu;

"penguntukan" ertinya penguntukan spektrum atau penguntukan radas;

"peranti radiokomunikasi radio-sensitif " ertinya apa-apa peranti, kelengkapan atau mesin, selain daripada suatu stesen, yang penggunaan atau fungsinya adalah yang boleh dimudaratkan oleh pemancaran elektromagnetik dari mana-mana stesen;

"pihak ketiga yang dibenarkan " [Dipotong P.U.(A) 277/2001]

"pindah hakmilik" berhubung dengan suatu penguntukan spektrum termasuklah menyerah simpan sebagai jaminan, penyerahakan, perangkuman, pemisahan atau penyerahan balik penguntukan spektrum.
[Gan. P.U. (A) 277/2001]


"pindah hakmilik pihak ketiga" ertinya pindah hakmilik di bawah peraturan 19;

"radas" termasuklah ---
"radas yang diperakui" ertinya radas yang telah diperakui di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 [P.U. (A) 124/2000];
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"rancangan pemasaran" ertinya suatu rancangan pemasaran yang disediakan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 6 dan membentuk sebahagian daripada rancangan spektrum;

"rancangan penukaran" ertinya rancangan penukaran yang disediakan oleh Suruhanjaya di bawah peraturan 7 dan membentuk sebahagian daripada rancangan spektrum;

"salinan yang diperakui" berhubung dengan suatu penguntukan, ertinya salinan penguntukan yang diperakui di bawah peraturan 43;

"stesen" ertinya radas di suatu lokasi yang digunakan bagi menjalankan aktiviti yang dikaitkan dengan penguntukan perkhidmatan tertentu;

"unit geografi" berhubung dengan suatu penguntukan atau pindah hakmilik ertinya suatu kawasan sempadan geografi yang di dalamnya kekuatan isyarat boleh melepasi suatu had yang dinyatakan;
[Pin. P.U. (A) 277/2001]


"unit spektrum" berhubungan dengan suatu penguntukan atau pindah hak milik, ertinya suatu unit lebar jalur spektrum yang dinyatakan.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.