P.U. (A) 124/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000

BAHAGIAN V - AM




Peraturan 36. Tanggung rugi


(1) Baik Kerajaan mahupun Suruhanjaya tidak bertanggungjawab atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada penggunaan suatu kelengkapan komunikasi yang diperakui mahupun bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan oleh seseorang yang diperakui di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan ini.

(2) Agensi pemerakuan, orang yang diperakui, atau pembekal atau pemunya suatu kelengkapan komunikasi yang diperakui hendaklah menanggung rugi Kerajaan dan Suruhanjaya terhadap apa-apa tindakan, tuntutan atau permintaan bagi apa-apa perbelanjaan, kos, kerugian atau kerosakan yang berbangkit daripada apa-apa perbuatan atau ketinggalan mereka atau penggunaan kelengkapan komunikasi yang diperakui itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.