Jika Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa pemegang suatu perakuan kecekapan gagal untuk mematuhi Konvensyen Telekomunikasi Antarabangsa, Akta atau apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta, Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar boleh menggantung atau membatalkan perakuan kecekapan pemegang itu.