P.U. (A) 124/2000
PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000

BAHAGIAN IV - PEMERAKUAN KECEKAPAN




Peraturan 30. Kesihatan pemegang perakuan kecekapan


(1) Jika Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kesihatan pemegang suatu perakuan kecekapan menjadi terjejas oleh sebab cacat pendengaran, rabun warna atau ketidakupayaan fizikal atau mental lain, Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan boleh mengarahkan pemegang perakuan kecekapan untuk diperiksa oleh pengamal perubatan berdaftar dalam masa yang dinyatakan oleh Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan.
[Pin. P.U. (A)261/2001]


(2) Jika pengamal perubatan berdaftar memperakui bahawa pemegang suatu perakuan kecekapan tidak sihat untuk diperakui sebagai berwibawa oleh apa-apa sebab yang dinyatakan dalam subperaturan (1), Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh ---

[Pin. P.U. (A) 261/2001]




Copyright © 2005 PNMB-LawNet. All rights reserved.