P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN IV - PEMERAKUAN KECEKAPAN
Peraturan 29. Kehendak pendengaran bagi calon
(1) Pendengaran seseorang calon peperiksaan untuk pemerakuan di bawah Jadual Keempat, yang diperakui oleh pengamal perubatan berdaftar, hendaklah seperti berikut :
[Pin. P.U. (A) 261/2001]
(a) peperiksaan bagi suatu perakuan, selain bagi perakuan pengendali radio amatur, tidak boleh kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada pendengaran biasa bagi setiap telinga ; dan
(b) peperiksaan bagi perakuan terhad pengendali radiotelefon, tidak boleh kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada pendengaran biasa bagi satu telinga.
(2) Walau apa pun subperenggan (1)(b), seseorang calon yang, dengan bantuan suatu alat pendengaran mematuhi kehendak pendengaran dan jika suatu perakuan dikeluarkan kepadanya hendaklah mempunyai suatu pengendorsan yang menyatakan bahawa jika pengendalian suatu kelengkapan radio komunikasi boleh melibatkan keselamatan nyawa, pemegang perakuan itu dibenarkan untuk bertindak sebagai pengendali radio hanya jika pengendali lain yang perakuannya tidak diendorskan secara serupa bertugas pada masa yang sama.