P.U. (A) 124/2000 PERATURAN-PERATURAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (STANDARD TEKNIK) 2000
BAHAGIAN IV - PEMERAKUAN KECEKAPAN
Peraturan 27. Pemerakuan
(1) Tertakluk kepada subperaturan 26(4), tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan apa-apa kegiatan dalam suatu bidang kemahiran yang ditetapkan melainkan jika orang itu diperakui.
(2) Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh memperakui mana-mana orang yang Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati adalah cekap dalam bidang kemahiran yang ditetapkan.
(3) Semua perakuan kecekapan adalah sah bagi tempoh lima tahun dan boleh dibaharui jika pemegang perakuan itu boleh memuaskan hati Suruhanjaya atau suatu agensi pemerakuan berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa dia telah diambil kerja dalam bidang kemahiran yang ditetapkan sekurang-kurangnya dua belas bulan dalam masa lima tahun sebelum permohonan bagi membaharui itu dibuat.
[Pin. P.U. (A) 261/2001]
(4) Jika pemegang perakuan tidak memenuhi syarat yang dinyatakan di bawah subperaturan (3), perakuannya tidak boleh dibaharui dan dia hendaklah menduduki semula peperiksaan.